AGENDA

Tahun Baharu Cina: Senarai barang kawalan diputus dalam masa terdekat

25 Jan 2022, 4:27 AM
Tahun Baharu Cina: Senarai barang kawalan diputus dalam masa terdekat

SHAH ALAM, 25 JAN: Senarai barangan terbabit dalam skim harga maksimum musim perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Selangor akan diputuskan dalam masa terdekat, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri akan diadakan esok bagi memutuskan perkara terbabit.

"Seperti biasa apabila ada perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina, pihak KPDNHEP akan melaksanakan skim harga maksimum. Lazimnya terdapat barangan dikawal seperti ayam, telur dan beberapa barang lain.

"Jadi, esok saya akan bermesyuarat dengan mereka sebelum memaklumkan apa barang yang dikawal," katanya ketika ditemui selepas program penyerahan bantuan kepada penjaja kecil di perkarangan Wisma KoHijrah, Berjaya Park di sini hari ini.

Beliau turut menasihati peniaga supaya memberi kerjasama sepanjang tempoh penguatkuasaan skim berkenaan dengan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya bagi mengelak kegusaran pembeli.

Mohd Zawawi mengakui di sebalik kesukaran dihadapi rakyat yang terjejas pandemik Covid-19 dan banjir, terdapat sedikit peningkatan harga barangan basah di pasar sejak kebelakangan ini berdasarkan maklumat ramai.

"Melalui perbualan dan aduan tak rasmi, ramai yang mengeluh tentang kenaikan harga barangan. Kita minta peniaga beri kerjasama dengan menawarkan harga berpatutan dan terjangkau oleh pelanggan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619