AGENSI

LZS santuni penghuni 31 rumah terjejas banjir di Puchong

22 Jan 2022, 2:33 AM
LZS santuni penghuni 31 rumah terjejas banjir di Puchong

SHAH ALAM, 22 JAN: Sebanyak 31 rumah yang terkesan banjir di Kampung Tengah, Puchong menerima bantuan baik pulih daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata sebahagian isi rumah terjejas didaftar sebagai asnaf dan dibantu untuk baik pulih rumah manakala sebahagian lagi menerima Bantuan Banjir Zakat Selangor (LZSPeduli).

"LZS turut membuat serahan barangan keperluan asas kepada beberapa wakil penerima asnaf seperti toto, barang keperluan solat dan makanan.

"Selain itu, LZS juga menyerahkan dana baik pulih kepada Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah berjumlah RM35,000 akibat daripada bencana banjir baru-baru ini," katanya menerusi Facebook.

Agensi berharap dengan dana tersebut ahli kariah dan orang ramai dapat menggunakan kembali fasiliti masjid berkenaan dan beribadah dengan sempurna.

LZS menambah serahan bantuan dan ziarah itu dirasmikan Ketua Divisyen Operasi Agihan Sabirin Sarbini yang disertai pegawai operasi Daerah Petaling, penghulu, nazir dan ketua kampung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619