AGENDA

40,917 keluarga mangsa bah terima bantuan babit peruntukan RM41.037 juta

20 Jan 2022, 9:37 AM
40,917 keluarga mangsa bah terima bantuan babit peruntukan RM41.037 juta
40,917 keluarga mangsa bah terima bantuan babit peruntukan RM41.037 juta

SHAH ALAM, 20 JAN: Seramai 40,917 keluarga terkesan banjir pada Disember tahun lalu menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) membabitkan peruntukan RM41.037 juta setakat 10 pagi hari ini.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 12 waris korban bencana iaitu enam di Klang, Sepang (tiga), Hulu Langat (dua) dan Kuala Langat (satu) menerima bantuan masing-masing RM10,000 melibatkan jumlah RM120,000.

Bagi bantuan RM1,000 kepada keluarga terjejas banjir berjumlah RM40.917 juta pula, daerah Petaling paling ramai menerima sumbangan melibatkan 11,236 isi rumah diikuti Klang (10,177) dan Hulu Langat (6,867).

Bilangan penerima untuk Kuala Langat (5,279), Sepang (3,966), Kuala Selangor (2,366), Gombak (898), Hulu Selangor (93) dan Sabak Bernam (35).

Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi permulaan program BSB susulan banjir di beberapa daerah pada 18 Disember tahun lalu.

Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung Januari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619