AGENSI

Usahawan Hijrah: Moratorium bantu pulih perniagaan, kehidupan pascabanjir

19 Jan 2022, 1:48 AM
Usahawan Hijrah: Moratorium bantu pulih perniagaan, kehidupan pascabanjir
Usahawan Hijrah: Moratorium bantu pulih perniagaan, kehidupan pascabanjir

SHAH ALAM, 19 JAN: Moratorium bayaran pinjaman selama dua bulan yang dilaksana Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) amat membantu usahawan yang terjejas banjir.

Amirul Fadzli Raduan berkata penangguhan itu sedikit sebanyak membolehkan beliau baik pulih kediaman dan perniagaan yang hampir 100 peratus musnah akibat banjir.

"Hampir semua perabot dan barangan musnah ditenggelami bah termasuk 'food truck' (kendera saji) yang diberi Hijrah juga tenggelam banjir. Sedih sangat kerana sudah tiga tahun trak ini berjasa bantu saya cari rezeki.

[caption id="attachment_505331" align="alignright" width="400"] Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Amirul Fadzli Raduan[/caption]

"Saya bersyukur apabila pihak Hijrah mengumumkan penangguhan dua bulan. Jadi, duit yang sepatutnya bayar pinjaman dapat saya beli barangan lain seperti tilam, perabot dan peralatan berniaga," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Amirul yang tinggal di Taman Sri Nanding Hulu Langat itu mula berniaga makanan jepun takoyaki sejak tahun 2019 menggunakan kendera saji di sekitar kawasan perumahannya.

Baharu sahaja mendirikan rumah tangga November lalu, Amirul reda dengan ujian menimpa dan berhasrat memulakan kehidupan semula dengan berniaga secara kecil-kecilan terlebih dahulu selepas kendera saji siap dibaiki.

"Harap (kendera saji) boleh dibaiki kemudian boleh saya kembali berniaga seperti biasa," katanya yang hanya berniaga makanan itu di depan rumah buat sementara waktu.

Beliau yang meminjam RM50,000 bagi tempoh tiga tahun mulai tahun ini turut menyifatkan proses berurusan dengan Hijrah amat mudah, cepat dan mesra pelanggan.

"Setiap minggu saya bayar RM250, Sebulan RM1,000. Alhamdulillah sangat apabila Kerajaan Negeri umumkan moratorium baru-baru ini. Jika tidak sukar juga untuk saya bayar balik," katanya.

Pada 21 Disember, Dato’ Menteri Besar mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman selama dua bulan kepada usahawan Hijrah Selangor yang terjejas akibat banjir.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata susulan pengumuman itu Hijrah Selangor perlu menanggung kesan kewangan sebanyak RM15 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619