AGENDA

EXCO: Penganut Hindu patuh SOP rai Thaipusam di Batu Caves

18 Jan 2022, 10:38 AM
EXCO: Penganut Hindu patuh SOP rai Thaipusam di Batu Caves
EXCO: Penganut Hindu patuh SOP rai Thaipusam di Batu Caves

SHAH ALAM, 18 JAN: Penganut Hindu kekal berdisiplin dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika meraikan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Gombak hari ini.

EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau berkata anggota polis, penguat kuasa dan sukarelawan ditempatkan di lokasi sejak awal pagi bagi memastikan tiada pelanggaran SOP dalam kalangan pengunjung.

"Keseluruhannya, masyarakat Hindu terima baik SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mereka memakai pelitup muka, menyukat suhu badan selain mengawal penjarakan fizikal bagi mengelak dijangkiti Covid-19 atau dikenakan tindakan.

"Walaupun sambutan agak lengang tetapi paling penting mereka berpeluang menunaikan nazar," katanya selepas meninjau upacara keagamaan itu bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Ganabatirau berkata pihaknya juga tidak mengesan mana-mana peniaga kecil menjalankan perniagaan di kawasan dalam atau luar kuil terbabit.

"Kerajaan memang tidak benarkan sebarang jenis perniagaan atau program yang boleh menarik perhatian bagi mengelak tumpuan masyarakat. Jadi, hari ini saya tidak nampak gerai jualan di dalam atau luar kuil," kata Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning.

[caption id="attachment_505287" align="aligncenter" width="551"] EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau (dua, kiri) bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique (kanan) dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan (kiri) di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Gombak sempena sambutan Thaipusam pada 18 Januari 2022. Foto Facebook V Ganabatirau[/caption]

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan 4,000 bakul makanan akan diedarkan bagi meringankan beban masyarakat Hindu membabitkan perbelanjaan hampir RM200,000.

Menurutnya, agihan melalui Ketua Komuniti India dibuat mulai minggu depan dengan menumpukan kawasan terjejas banjir pada akhir tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619