BERITA UTAMA

1,476 usahawan wanita dibantu, MB ajak lebih ramai sertai skim mula niaga

17 Jan 2022, 4:30 AM
1,476 usahawan wanita dibantu, MB ajak lebih ramai sertai skim mula niaga

SHAH ALAM, 17 JAN: Dato' Menteri Besar mengajak lebih ramai usahawan wanita negeri ini menyertai Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Dato' Seri Amirudin Shari juga mengucapkan tahniah kepada 1,476 golongan terbabit yang berjaya memperoleh dana tersebut bagi memulakan perniagaan mereka.

"Semoga urusan keluarga dipermudahkan dengan sokongan skim ini," tulisnya di Facebook hari ini.

Jumaat lalu, Amirudin berkata jumlah penerima manfaat itu membabitkan nilai pembiayaan bernilai RM6.07 juta setakat ini.

Menurutnya, skim itu membantu wanita memulakan perniagaan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang http://www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619