ad
BERITA UTAMA

MB: RM6.07 juta dibelanja bantu golongan wanita mula niaga

14 Jan 2022, 12:11 PM
MB: RM6.07 juta dibelanja bantu golongan wanita mula niaga
MB: RM6.07 juta dibelanja bantu golongan wanita mula niaga

SHAH ALAM, 14 JAN: Seramai 1,476 golongan wanita negeri ini dibantu untuk memulakan perniagaan menerusi Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) setakat awal Januari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan bantuan itu membabitkan nilai pembiayaan berjumlah RM6.07 juta.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook beliau, skim itu membantu wanita memulakan perniagaan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.