AGENDA

Mangsa bah diberi tempoh hingga Ahad keluarkan sampah pukal

14 Jan 2022, 4:39 AM
Mangsa bah diberi tempoh hingga Ahad keluarkan sampah pukal

SHAH ALAM, 14 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) memberi tempoh sehingga Ahad untuk mangsa banjir mengeluarkan baki sampah pukal dari kediaman masing-masing.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata kerjasama orang ramai diperlukan bagi memudahkan urusan kutipan setelah pembersihan fasa kedua bermula 8 Januari lalu.

"Kita dapati masih ramai tidak keluarkan sampah pukal seperti meja dan kerusi sedangkan barangan ini perlu dibuang kerana pembersihan sudah masuk fasa dua pada 8 Januari lalu.

"Justeru, kita minta kerjasama orang ramai supaya operasi pembersihan pascabanjir lancar dan kita dapat tumpukan pembersihan longkang serta parit," katanya kepada Selangorkini.

Anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan sepenuhnya kutipan sampah domestik sejak tahun lalu giat membersihkan kawasan terjejas banjir mulai 20 Disember secara berperingkat.

Sebanyak 78,000 tan sampah pukal dibersihkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi lain yang selesai sepenuhnya pada 7 Januari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619