ADN

DUN Pelabuhan Klang belanja lebih RM100,000 bantu mangsa bah

13 Jan 2022, 12:17 AM
DUN Pelabuhan Klang belanja lebih RM100,000 bantu mangsa bah

KLANG, 13 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang membelanjakan lebih RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di kawasan itu setakat ini.

Wakil rakyat Azmizam Zamanhuri berkata daripada jumlah itu pihaknya menyumbangkan bakul makanan dan kelengkapan tidur seperti tilam dan lapik tidur.

"Hampir 5,000 rumah di Pelabuhan Klang ditenggelami banjir dalam kejadian Disember tahun lalu dan Alhamdulillah rata-rata penduduk semua kita bantu.

"Terima kasih juga kepada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan individu yang turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa terjejas bah di sini," katanya ketika ditemui.

Azmizam turut menyarankan mana-mana pihak yang mahu membantu boleh menyalurkan terus kepada mangsa tanpa melalui pejabatnya.

"Mangsa banjir yang memerlukan bantuan juga boleh tampilkan diri ke pusat khidmat masyarakat DUN Pelabuhan Klang dan kita akan membantu," katanya.

Antara kawasan ditenggelami air di Pelabuhan Klang akibat banjir pada 18 Disember lalu adalah Pandamaran Jaya, Kampung Idaman, Kampung Pulau Indah, Kampung Pendamar, Kampung Telok Gong dan Kampung Telok Indah.

Lokasi lain turut terjejas antaranya Taman Selat Damai, Taman Selat Selatan, Taman Suria, Taman Telok Gedung Indah dan Pekan Pelabuhan Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619