AGENDA

Kutipan zakat Selangor hampir RM1 bilion, bantu orang susah makin meningkat

11 Jan 2022, 11:06 AM
Kutipan zakat Selangor hampir RM1 bilion, bantu orang susah makin meningkat

SHAH ALAM, 11 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperoleh kutipan zakat hampir RM1 bilion tahun lalu, melebihi sasaran RM900 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan M Yusop berkata perolehan tersebut akan digunakan sebaiknya untuk membantu asnaf fakir dan miskin termasuk individu terkesan akibat pandemik dan banjir.

"Kutipan kita lebih 10 peratus daripada jangkaan. Alhamdulillah, terima kasih kepada pembayar zakat kerana terus menyokong LZS dalam membantu masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bagi program bancian dan semakan kelayakan baik pulih rumah mangsa bencana di Kampung Bukit Lanchong dekat sini hari ini.

Sementara itu, Saipolyazan menjangkakan bilangan asnaf fakir dan miskin di Selangor tahun ini meningkat kepada 72,000 berbanding 65,000 orang ketika ini kesan daripada bencana dan penamatan moratorium.

"Berdasarkan rekod setakat ini, seramai 15,000 orang adalah miskin sementara akibat pandemik dan moratorium yang telah tamat. Mereka dibantu melalui kategori asnaf gharim," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619