AGENDA

Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor ditutup, kenderaan diseru guna laluan alternatif

11 Jan 2022, 9:45 AM
Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor ditutup, kenderaan diseru guna laluan alternatif
Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor ditutup, kenderaan diseru guna laluan alternatif
Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor ditutup, kenderaan diseru guna laluan alternatif

SHAH ALAM, 11 JAN: Jalan persekutuan Kuala Selangor-Sabak Bernam antara simpang Jalan Permatang dengan simpang Jalan Bukit Belimbing ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai 11 malam ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menutup jalan bahagian itu hingga 6.30 pagi Khamis bagi menjalankan kerja menurunkan rasuk jejantas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor.

"Penutupan jalan ini akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

“Pengguna diminta untuk mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan," kata Jurutera Daerah Ir Nur Hafidzan Idris.

Kenderaan berat dinasihat menggunakan Jalan Sungai Terap melalui Jalan Raja Musa-Jalan Rawang 1, manakala kenderaan ringan pula menggunakan laluan Jalan Permatang-Jalan Bukit Belimbing.

"Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan," katanya lagi dalam kenyataan hari ini seperti dimuatkan di Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kuala Selangor.

Semalam, JKR daerah mengingatkan pengguna kenderaan agar berhati-hati ketika melalui bawah jejantas pejalan kaki di laluan terbabit berikutan terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas ekoran hentaman kenderaan berat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619