PBT

Kakitangan MBPJ terjejas banjir terima barangan elektrik

9 Jan 2022, 9:55 AM
Kakitangan MBPJ terjejas banjir terima barangan elektrik

SHAH ALAM, 9 JAN: Kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang teruk terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu menerima bantuan barangan elektrik.

MBPJ berkata barangan berupa peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, thermos, kipas dan dapur gas disumbang badan korporat dan orang perseorangan melalui program tanggungjawab sosial.

"Diharapkan sumbangan ikhlas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir khususnya kakitangan MBPJ sendiri untuk bangkit meneruskan kehidupan yang baharu.

"Tidak ketinggalan, sumbangan berupa barangan terpilih turut diberikan kepada jiran berdekatan," tulisnya di Facebook.

Menurut MBPJ, Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir menyampaikan sumbangan itu kepada kakitangan yang tinggal di Puchong, Dengkil dan Hulu Langat.

Manakala kakitangan yang tinggal di Taman Sri Muda dan Bukit Lanchong, Shah Alam pula menerimanya melalui Timbalan Datuk Bandar Sharipah Marhaini Syed Ali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619