ADN

Bantuan RM1,000 mangsa banjir DUN Kota Kemuning disegera

9 Jan 2022, 7:19 AM
Bantuan RM1,000 mangsa banjir DUN Kota Kemuning disegera

SHAH ALAM, 9 JAN: Agihan bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning termasuk Taman Seri Muda akan disegerakan.

Wakil rakyatnya V Ganabatirau berkata setakat ini seramai 100 penduduk menerima sumbangan berkenaan manakala baki diagih berperingkat minggu depan.

“DUN saya paling terjejas dalam banjir kali ini dan saya harap permohonan mangsa banjir disegerakan dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar," katanya.

Beliau yang ditemui pada Program Bazaar Percuma di Kuil Sri Maha Mariamman di sini menambah pihaknya bersedia menyediakan lokasi bagi mempercepat agihan sumbangan.

"Pihak kuil dan beberapa masjid juga bersetuju untuk menjadikan tempat mereka sebagai lokasi pemberian bantuan,” kata Ganabatirau.

Setakat pagi semalam, seramai 20,086 keluarga terjejas banjir bulan lalu menerima bantuan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000 dengan belanja keseluruhan RM20.196 juta.

Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi permulaan program BSB susulan banjir di beberapa daerah pada 18 Disember.

Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung bulan ini.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619