AGENDA

Bantuan banjir: RM19.236 juta dibelanja setakat semalam, manfaat 19,182 keluarga

7 Jan 2022, 10:15 AM
Bantuan banjir: RM19.236 juta dibelanja setakat semalam, manfaat 19,182 keluarga
Bantuan banjir: RM19.236 juta dibelanja setakat semalam, manfaat 19,182 keluarga

SHAH ALAM, 7 JAN: Sejumlah RM19.236 juta dibelanja untuk meringankan beban mangsa banjir menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setakat semalam, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu memanfaatkan 19,182 keluarga yang menerima bantuan RM1,000 manakala enam keluarga mangsa meninggal dunia masing-masing RM10,000.

"Bantuan ini disampaikan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara atau memilih untuk tinggal di penempatan lain atau berpindah ke rumah keluarga masing-masing.

"Permohonan dibuka sehingga 31 Januari dan diterima di pejabat tanah dan daerah, pusat khidmat masyarakat atau pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau berkata pada sidang media khas situasi banjir di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau berkata sukarelawan mula bergerak dari rumah ke rumah mangsa banjir bermula hujung minggu ini untuk mencari keluarga belum berdaftar menerima bantuan.

"Setakat ini, enam waris keluarga diberikan sumbangan dan hari ini ada beberapa nama serta senarai dikemas kini dari semasa ke semasa. Petang ini juga ada penyerahan bantuan dan angka yang menerima manfaat terus bertambah," katanya.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah dua minggu lalu.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember lalu dan dijangka selesai agihan hujung Januari ini.

[caption id="attachment_503844" align="aligncenter" width="500"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir di Balai Penghulu Mukim Batu, Gombak pada 30 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619