AGENDA

Pengecualian bil air: Penghuni flat, rumah strata layak terima manfaat

6 Jan 2022, 11:00 AM
Pengecualian bil air: Penghuni flat, rumah strata layak terima manfaat

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan Negeri sedang meneliti pengecualian bayaran bil air Januari kepada pelanggan akaun domestik perumahan strata atau flat terjejas akibat banjir.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sudah menyenaraikan kawasan yang akan memperoleh manfaat itu.

"Kita sudah senaraikan kawasan (terjejas), Air Selangor sedang teliti. Semua kawasan terkesan di Selangor dan Kuala Lumpur akan dapat pengecualian pada Januari.

"Rumah strata juga kita akan lihat prosesnya sebab kita ada masa lagi sehingga hujung Januari ini," katanya kepada pemberita selepas program serahan sumbangan banjir oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung pengecualian bayaran bil air kepada mangsa banjir yang tinggal di perumahan strata dan flat atau bil dibayar kepada badan pengurusan bersama (JMB).

Pada 31 Disember lalu, Air Selangor memaklumkan akan memberi pengecualian bayaran bil bagi Januari kepada pelanggan akaun domestik Kod Tarif 10 di Selangor yang terkesan akibat bencana.

Pengecualian secara automatik tanpa perlu mengisi atau menghantar borang merupakan sebahagian daripada program Bantuan Selangor Bangkit yang diumum Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619