AGENDA

MB: Bantuan fasa pertama kepada 11,000 ketua isi rumah selesai

6 Jan 2022, 9:48 AM
MB: Bantuan fasa pertama kepada 11,000 ketua isi rumah selesai

SHAH ALAM, 6 JAN: Agihan bantuan RM1,000 kepada lebih 11,000 ketua isi rumah terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini selesai sepenuhnya, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan serahan melalui inisiatif Bantuan Selangor Bangkit berjalan lancar dalam tempoh seminggu kerana mangsa tidak perlu mengemukakan borang permohonan.

"Fasa pertama agihan kepada semua yang tinggal di PPS boleh dikatakan semuanya selesai, tetapi ada tidak hadir ketika sesi penyerahan kerana mungkin mereka terlepas.

"Kita akan sambung lagi (serahan) dalam tempoh terdekat dan bantuan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri," katanya ditemui pemberita selepas program serahan sumbangan banjir oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Amirudin berkata bantuan sama kepada mangsa bencana yang tidak ditempatkan di PPS juga mula disalurkan selain menjangkakan jumlah penerima manfaat meningkat sehingga 30,000 keluarga.

"Kita sedang kumpul lagi (senarai mangsa). Kita anggarkan jumlahnya meningkat sampai 30,000 keluarga," katanya.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Bantuan Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah dua minggu lalu.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember lalu dan dijangka selesai agihan hujung bulan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619