AGENDA

Umrah ditangguh sebulan, perkenal SOP baharu kekang penularan Omicron

6 Jan 2022, 9:06 AM
Umrah ditangguh sebulan, perkenal SOP baharu kekang penularan Omicron

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan memutuskan untuk menangguh sementara ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari susulan penularan varian Omicron, kata menteri kesihatan

Khairy Jamaluddin berkata dalam tempoh penangguhan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan merangka tatacara operasi piawai (SOP)  baharu termasuk perlu mengambil dos penggalak sebelum mengerjakan umrah.

"Selain itu antara tambah baik SOP yang turut dilaksanakan adalah melibatkan pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi, pemantauan status kesihatan jemaah di Arab Saudi serta memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan.

"Agensi pelancongan mesti memastikan pematuhan SOP jemaah umrah serta melaporkan kes positif dan kontak rapat kes positif," katanya pada sidang media hari ini.

Khairy berkata KKM melakukan penilaian risiko dari semasa ke semasa sebelum mempertimbangkan semula kebenaran mengerjakan umrah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619