AGENSI

Lebih 70 peratus daripada 68 lokaliti terjejas banjir di Klang dibersihkan

6 Jan 2022, 7:52 AM
Lebih 70 peratus daripada 68 lokaliti terjejas banjir di Klang dibersihkan
Lebih 70 peratus daripada 68 lokaliti terjejas banjir di Klang dibersihkan

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak 73.5 peratus daripada 68 lokaliti terjejas banjir di Klang berjaya dibersihkan sepenuhnya Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang, setakat semalam.

Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abd Raji berkata baki 18 kawasan iaitu 15 berada pada tahap 90 peratus manakala tiga lagi 20 peratus.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang sentiasa menjalankan pemantauan dan penyelarasan harian bagi memastikan proses pemulihan pascabanjir di daerah ini dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis agihan Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir di Dewan MPKK Kampung Lombong di sini hari ini.

Turut hadir, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal merangkap Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

[caption id="attachment_503615" align="aligncenter" width="560"] Mangsa banjir mendaftar kehadiran sebelum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam pada 6 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Faizal yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Klang menjelaskan Pejabat Kesihatan Klang turut menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap risiko penyakit pascabanjir.

"Pemeriksaan ini dibuat bagi mengenal pasti risiko penyakit seperti denggi, leptospirosis, meliodosis, penyakit bawaan air dan Covid-19 supaya ia dapat dicegah serta dikawal pada peringkat awal," katanya.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember tahun lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619