AGENSI

Selangor tanggung RM15 juta moratorium 921 usahawan Hijrah terjejas banjir

6 Jan 2022, 3:30 AM
Selangor tanggung RM15 juta moratorium 921 usahawan Hijrah terjejas banjir
Selangor tanggung RM15 juta moratorium 921 usahawan Hijrah terjejas banjir

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan Negeri menanggung perbelanjaan RM15 juta bagi moratorium bayaran pinjaman usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) yang terkesan akibat banjir.

Dato' Menteri Besar memaklumkan penangguhan selama dua bulan melalui inisiatif Selangor Bangkit memanfaatkan seramai 921 usahawan yang bernaung bawah yayasan terbabit.

"Kerajaan Negeri komited untuk membantu usahawan menerima bantuan agar mereka dapat bangkit dari episod duka ini," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Sebelum ini, pengarah eksekutif Hijrah menjelaskan penangguhan bayaran bermula 22 Disember lalu dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

Dato' Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata permohonan moratorium itu ditutup 29 Disember lalu dengan usahawan yang menikmati manfaat tersebut terdiri sektor pembekal, pemakanan, perkhidmatan, pertanian, penternakan dan pemprosesan.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember tahun lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619