PBT

MBSA tambah stesen pemindahan sementara uruskan sampah bah

5 Jan 2022, 3:24 PM
MBSA tambah stesen pemindahan sementara uruskan sampah bah

SHAH ALAM, 5 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menambah satu lagi stesen pemindahan sementara di Seksyen 35 (Alam Impian) bagi memudahkan pembersihan sampah bah.

Stesen sedia ada setakat ini meliputi Seksyen 21, Seksyen 35, Seksyen 34, Seksyen 29, Seksyen 28 dan Seksyen 25, kata Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan.

Beliau menjelaskan sampah pukal dari lokasi banjir dikumpulkan di stesen berkenaan sebelum dibawa ke tapak pelupusan sampah di Kuala Langat dan Jeram.

"Kita anggarkan tambahan stesen dapat meningkatkan sasaran kutipan 3,000 tan metrik. Stesen ini memudahkan pergerakan lori dari lokaliti banjir dan mengurangkan tempoh perjalanan," katanya.

Beliau yang ditemui selepas meninjau operasi pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda hari ini menambah sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi melaksanakan kerja tersebut.

"RM3.5 juta dianggarkan daripada MBSA manakala baki daripada Kerajaan Negeri," kata Mohd Rashidi.

Belasan stesen pemindahan sementara dibuka setakat ini bagi mempercepat kerja pembersihan pascabanjir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

Selain MBSA, PBT lain termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619