AGENDA

Waspada helah ejen caj RM200 ketika mohon bantuan bah

5 Jan 2022, 10:34 AM
Waspada helah ejen caj RM200 ketika mohon bantuan bah

SHAH ALAM, 5 JAN: Rakyat negeri ini diminta berwaspada dengan tipu helah ejen yang mengenakan bayaran RM200 bagi setiap permohonan bantuan banjir oleh Kerajaan Selangor.

Wakil rakyat Sentosa Dr G Gunaraj berkata sikap tidak bertanggungjawab itu dikesan aktif sekitar Klang yang menyasarkan warga emas dan ibu tunggal.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu ibarat menangguk di air keruh ketika penduduk berdepan kesempitan akibat bencana pada Disember lalu.

"Susulan itu, saya menyeru semua warga Selangor untuk berhati-hati dengan tipu helah sesetengah pihak yang kononnya ingin membantu namun mempunyai tipu muslihat di sebaliknya.

"Warga Selangor yang terkesan perlu berhubung terus dengan pejabat Ahli Dewan Negeri dan pejabat daerah dan tanah masing-masing bagi mendapatkan bantuan dan sokongan," katanya dalam kenyataan.

G Gunaraj turut membuat laporan polis bagi mencegah sindiket yang mengambil kesempatan dan memaklumkan setiap pusat khidmat bekerja keras membantu rakyat terjejas.

Pada 21 Disember lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619