AGENSI

Pelajar pusat teknikal negeri baik pulih 90 peratus perkakas elektrik mangsa banjir

2 Jan 2022, 1:45 PM
Pelajar pusat teknikal negeri baik pulih 90 peratus perkakas elektrik mangsa banjir
Pelajar pusat teknikal negeri baik pulih 90 peratus perkakas elektrik mangsa banjir

SHAH ALAM, 2 JAN: Kumpulan khidmat teknikal elektrikal Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) berjaya membaik pulih 90 peratus barangan elektrik mangsa banjir yang rosak.

Ketua eksekutifnya berkata kerja penyelenggaraan bermula 27 Disember hingga semalam meliputi soket alir keluar, suis lampu, kipas, perkakas elektrik mudah alih dan kotak fius agihan.

"Kumpulan bantuan ini mendapat kepercayaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk bersama membaiki perkakas elektrik penduduk yang rosak di Dewan Azalea, Taman Sri Muda di sini.

[caption id="attachment_503068" align="aligncenter" width="551"] Kumpulan pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang terlibat membaik pulih barangan elektrik mangsa banjir di Dewan Azalea, Taman Sri Muda. Foto STDC[/caption]

"Perkhidmatan percuma turut dijalankan dari rumah ke rumah berdekatan bagi barangan elektronik yang tidak boleh dibawa ke dewan terbabit," kata Mohd Asyraf Amin ketika dihubungi Selangorkini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menubuhkan pasukan sukarelawan terdiri kakitangan dan pelajar bagi membantu masyarakat di Selangor yang terkesan dengan bencana dua minggu lepas.

"Sukarelawan ini menjalankan aktiviti pembersihan, mengemas rumah dan memberi sumbangan barangan kepada mangsa terlibat sekitar Kuala Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619