AGENDA

Air pasang besar: Bomba Selangor tempatkan anggota di kawasan berisiko

2 Jan 2022, 8:51 AM
Air pasang besar: Bomba Selangor tempatkan anggota di kawasan berisiko

SHAH ALAM, 2 JAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menempatkan anggota di kawasan berisiko bagi melakukan rondaan susulan fenomena air pasang besar yang melanda beberapa kawasan bermula hari ini.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata seramai enam anggota dari setiap balai ditempatkan di kawasan dikenal pasti berisiko seperti Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar, Kuala Langat, Banting, Kuala Selangor dan Sepang.

"Anggota kita sudah mula menjalankan tugas pagi tadi dengan rondaan dilakukan secara berkala. Bagi penduduk berada di kawasan ini saya nasihatkan mereka sentiasa berwaspada," katanya kepada SelangorKini.

Norazam berharap orang ramai khususnya di kawasan terlibat agar patuh dengan arahan apabila diarah berpindah jika air naik secara berterusan.

"Segera tinggalkan rumah jika air mula masuk dengan anggota kita sedia membantu, namun biasanya situasi air pasang ia hanya sementara dan air akan surut tidak lama kemudian.

"Bagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana kita khuatir jika berlaku hujan ia akan mengakibatkan banjir," katanya.

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri pantai barat Semenanjung disaran lebih berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda selama empat hari mulai hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kawasan terlibat adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619