AGENSI

Banjir: Team Selangor bantu agih makanan, bersih lebih 3,000 rumah

2 Jan 2022, 1:00 AM
Banjir: Team Selangor bantu agih makanan, bersih lebih 3,000 rumah
Banjir: Team Selangor bantu agih makanan, bersih lebih 3,000 rumah
Banjir: Team Selangor bantu agih makanan, bersih lebih 3,000 rumah

SHAH ALAM, 1 JAN: Sukarelawan Team Selangor menyantuni sebanyak 3,403 buah rumah yang terjejas akibat banjir sejak 18 Disember lalu, kata ketua sekretariatnya.

Syahaizel Keman berkata rumah mangsa banjir itu melibatkan 71 lokasi dan disertai lebih 1,200 sukarelawan yang melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya membersih rumah, mengagih air minuman serta membungkus dan menghantar bakul makanan.

[caption id="attachment_502908" align="alignleft" width="242"] Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Setakat ini, semua sukarelawan masih bergerak ke lokasi terlibat dengan banjir untuk membantu mangsa. Kita berusaha bantu sebanyak mungkin mangsa yang terkesan akibat banjir.

"Namun keutamaan kita diberikan kepada golongan ibu tunggal, warga emas dan yang kurang berkemampuan," katanya kepada SelangorKini.

Individu yang berminat menjadi sukarelawan Team Selangor boleh mendaftar di bit.ly/SkuadBencanaTeamSelangor atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-530 3578.

Pada 18 Disember lalu, Kerajaan Negeri menggerakkan pasukan sukarelawan termasuk Team Selangor bagi membantu proses menempatkan penduduk yang terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan sukarelawan turut mengagihkan bantuan awal kepada mangsa.

[caption id="attachment_502906" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan Team Selangor bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat di Kampung Lombong, Shah Alam pada 26 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619