AGENDA

Keputusan Selangor batal sambutan tahun baharu, anjur program agama tepat

1 Jan 2022, 7:05 AM
Keputusan Selangor batal sambutan tahun baharu, anjur program agama tepat
Keputusan Selangor batal sambutan tahun baharu, anjur program agama tepat
Keputusan Selangor batal sambutan tahun baharu, anjur program agama tepat

SHAH ALAM, 1 JAN: Orang awam menganggap keputusan Kerajaan Negeri membatalkan sambutan tahun baharu dan menggantikan dengan program keagamaan sebagai tindakan tepat.

Siti Zaliha Abdul Rani, 52, berkata program keagamaan seperti Selangor Memohon Kesejahteraan Allah Menjelang Tahun 2022 itu wajar diteruskan terutama ketika negara khususnya negeri ini sedang dilanda banjir.

[caption id="attachment_502836" align="alignright" width="380"] Siti Zaliha Abdul Rani, 52. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Program ini bagus dan seharusnya tidak dilakukan ketika waktu bencana sahaja tetapi diteruskan pada bila-bila masa kerana banyak manfaat.

"Dua anak perempuan juga membuat keputusan mengikut ke Masjid Negeri apabila dapat tahu saya dan suami mahu menyertai program ini," katanya kepada pemberita.

Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Ahmad Ridhauddin Rahmat, 47, berkata beliau berharap program keagamaan itu diberkati dan doa semua dimakbulkan Allah.

[caption id="attachment_502837" align="alignleft" width="380"] Ahmad Ridhauddin Rahmat, 47. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Program dijalankan bagus terutama kita dalam keadaan selepas banjir. Moga setiap doa kita diperkenan Allah dan memberi sinar baharu kepada semua," katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan sambutan Tahun Baharu 2022 peringkat negeri dibatalkan dan diganti dengan program keagamaan.

Dato Seri Amirudin Shari berkata pihaknya menganjurkan majlis tahlil, doa selamat dan zikir munajat sebagai menghormati serta bersimpati kepada mangsa banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619