AGENDA

MB: 2,258 keluarga terjejas banjir terima bantuan RM1,000

31 Dis 2021, 12:00 AM
MB: 2,258 keluarga terjejas banjir terima bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 31 DIS: Sebanyak 2,258 keluarga terjejas akibat banjir menerima bantuan Selangor Bangkit setakat semalam, maklum Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan RM1,000 itu membabitkan dana berjumlah RM2.258 juta.

Selain itu, katanya, dua keluarga mangsa yang meninggal dunia masing-masing menerima bantuan berjumlah RM10,000.

"Sehingga 30 Dis 2021 - sebanyak 2,258 keluarga telah terima bantuan Selangor Bangkit RM1,000 dan keseluruhan RM2.258 juta telah diserahkan.

"Selain itu dua keluarga mangsa yang meninggal dunia turut telah disampaikan RM10,000 satu keluarga seperti pengumuman pada 21 Disember lalu," katanya menerusi Twitter.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah dua minggu lalu.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619