AGENSI

Tanah runtuh: 38 keluarga Apartmen Teratai diarah pindah sementara

30 Dis 2021, 2:18 PM
Tanah runtuh: 38 keluarga Apartmen Teratai diarah pindah sementara

GOMBAK, 30 DIS: Sebanyak 38 keluarga di Apartmen Teratai, Bandar Baru Selayang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan tebing pangsapuri itu runtuh akibat hujan lebat pada 18 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz berkata apartmen berkenaan antara enam lokasi di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang kritikal dan perlu pembaikan segera.

"Semua penduduk di pangsapuri itu ditempatkan di Dewan Sri Siantan sementara kawasan berkenaan dibaik pulih manakala lima lagi kawasan yang juga melibatkan penduduk dalam pemantauan dan jika ada keperluan mengosongkan rumah kita akan berikan notis.

"Bagi pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula terdapat lima kawasan kritikal. Kita jangka kos baik pulih di kawasan MPS memerlukan RM11.5 juta manakala MPAJ (RM2.02 juta)," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Dato’ Menteri Besar hari ini meninjau tiga lokasi tanah runtuh di daerah Gombak yang merupakan kawasan kritikal akibat hujan lebat pada 18 Disember lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau Apartmen Teratai, Bandar Baru Selayang sebelum ke dua lokasi lain di Persiaran 3 Jalan FT01 dan Jalan Melati 20, Taman Melati.

Penduduk di pangsapuri itu diarah berpindah ke PPS berikutan tebing berhampiran kediaman mereka runtuh. Susulan kejadian, MPS telah meletakkan kanvas di tebing itu bagi mengelakkan situasi bertambah teruk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619