AGENSI

MBSA kutip 13,800 tan sampah di kawasan terjejas banjir

29 Dis 2021, 2:00 PM
MBSA kutip 13,800 tan sampah di kawasan terjejas banjir

SHAH ALAM, 29 DIS: Kira-kira 13,800 tan sampah pukal sudah dikutip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di beberapa kawasan terjejas banjir, setakat semalam.

Ia membabitkan kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25; Padang Jawa; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Kampung Lombong dan Kampung Lanchong Jaya, lapor portal Berita Harian.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata kerja pembersihan masih diteruskan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), kakitangan MBSA serta kontraktor tambahan yang dilantik PBT itu.

"Bagi memudah dan mempercepatkan kerja pembersihan serta kutipan sampah pascabanjir, MBSA juga mengenal pasti tiga stesen pemindahan sementara sisa banjir di Seksyen 21, Seksyen 34 dan Seksyen 25," katanya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619