AGENDA

Tanah runtuh: Tempoh pembersihan di Genting Peras dijangka dua minggu

29 Dis 2021, 10:34 AM
Tanah runtuh: Tempoh pembersihan di Genting Peras dijangka dua minggu
Tanah runtuh: Tempoh pembersihan di Genting Peras dijangka dua minggu

HULU LANGAT, 29 DIS: Tempoh pembersihan kawasan tanah runtuh di Kampung Orang Asli Genting Peras di sini dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang giat menjalankan operasi pembersihan dan dijangka lebih banyak kawasan dapat dibersihkan dalam tempoh tersebut.

"Perkampungan ini satu-satunya kawasan yang terputus bekalan akibat tanah runtuh berbanding kawasan lain disebabkan banjir. Minggu lepas kita lihat lebih 30 kawasan tanah runtuh antara Genting Peras ke Kuala Klawang.

"Kalau dilihat dari awal lagi susah kerana tiada laluan dan mengambil masa lima ke enam jam tetapi kini sebahagian daripadanya boleh dilalui," katanya ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh di Kampung Orang Asli Genting Peras.

Dalam program sama, Amirudin turut melepaskan 58 sukarelawan pendaki dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi mengagih bantuan bekalan makanan serta keperluan harian kepada penduduk terputus hubungan.

"Lebih 600 individu daripada 54 keluarga berada di perkampungan itu yang masih berada di atas disebabkan kesukaran mereka untuk turun.

"Kita berpendapat tidak praktikal untuk membawa mereka turun kerana melibatkan kanak-kanak dan orang tua. Setakat ini, bekalan makanan yang dihantar kepada mereka mencukupi untuk tempoh seminggu," katanya.

[caption id="attachment_502452" align="aligncenter" width="500"] Keadaan tanah runtuh di Genting Peras, Hulu Langat pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619