AGENDA

Polis siasat majlis kahwin pasangan selebriti langgar SOP

28 Dis 2021, 7:42 AM
Polis siasat majlis kahwin pasangan selebriti langgar SOP

KUANTAN, 28 DIS: Polis membuka kertas siasatan melibatkan majlis perkahwinan pasangan selebriti susulan penularan sebuah video yang memaparkan pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP) pada majlis itu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata semalam pihaknya menerima laporan berkaitan satu video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di laman Facebook, mengandungi rakaman majlis berkenaan yang diadakan di sebuah vila di Genting Highlands, dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ada tetamu di majlis yang berlangsung pada 15 Dis lepas sekitar 8.30 malam itu tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial, sekali gus melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara fasa empat.

"Polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu bagi membantu siasatan mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham seterusnya meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai insiden berkenaan dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619