AGENSI

Pekawanis peruntuk lebih RM100,000 bantu mangsa banjir

26 Dis 2021, 7:57 AM
Pekawanis peruntuk lebih RM100,000 bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 26 DIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM107,500 bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata bantuan itu antaranya makanan asas, kain batik, kain pelikat, telekung, tuala wanita, lampin bayi dan susu.

"Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa dalam meneruskan kehidupan selepas diuji sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program gotong-royong membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Lombong di sini hari ini.

Program dengan kerjasama Team Selangor serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Shah Alam itu bagi membersihkan rumah dan kawasan persekitaran kediaman di kampung terbabit.

Menurut Masdiana, program julung kali itu sekali gus menunjukkan rakyat Selangor prihatin dan cakna dengan nasib sesama mereka.

"Alhamdulillah saya tidak jangka ramai juga turun padang dan saling membantu bersihkan kediaman mangsa banjir. Kita akan teruskan lagi inisiatif ini di beberapa kawasan terjejas selepas ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619