AGENSI

Penduduk diminta tidak halang laluan lori KDEBWM angkut sisa banjir

26 Dis 2021, 12:30 AM
Penduduk diminta tidak halang laluan lori KDEBWM angkut sisa banjir
Penduduk diminta tidak halang laluan lori KDEBWM angkut sisa banjir

SHAH ALAM, 26 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) meminta kerjasama orang ramai agar tidak menghalang laluan lori sampah yang memasuki kawasan perumahan bagi mengeluarkan sisa pascabanjir.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata kontraktor perlu mempercepatkan proses mengangkut sisa tinggalan tersebut supaya lebih banyak pusingan dapat dilaksanakan di setiap kawasan terjejas.

[caption id="attachment_501991" align="alignleft" width="272"] Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir[/caption]

"Apabila mangsa pulang ke kediaman masing-masing, sudah tentu mereka akan periksa barang dan asingkan sampah termasuk meletak kenderaan rosak yang ditenggelami air di luar rumah.

"Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Lori Roll On Roll Off (RoRo) tidak dapat masuk, ditambah pula laluan kawasan tersebut sempit sekali gus menyukarkan proses mengangkut sampah," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberi sokongan dalam melancarkan kerja berkaitan.

"Banyak pihak bantu kita kali ini, ada lebih 20 PBT luar turut serta dengan membawa segala aset yang ada termasuk barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa bencana," katanya.

Syarikat pengurusan sisa pepejal milik penuh Kerajaan Negeri membersihkan kawasan terjejas banjir di beberapa daerah sejak Ahad lalu secara berperingkat dan menjangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.

Selangor turut menerima bantuan daripada PBT negeri lain dan sukarelawan bagi mempercepat urusan pembersihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619