AGENDA

Banjir: Pemilik buku terbitan IBDE layak dapat gantian percuma

25 Dis 2021, 2:56 AM
Banjir: Pemilik buku terbitan IBDE layak dapat gantian percuma
Banjir: Pemilik buku terbitan IBDE layak dapat gantian percuma

SHAH ALAM, 25 DIS: Pemilik buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang mengalami kerosakan akibat banjir layak mendapat buku ganti secara percuma.

Menerusi perkongsian di Facebook, IBDE memaklumkan jika bukan terbitan syarikat itu atau lebih daripada senaskah pula, pemilik layak mendapat pengurangan harga sebanyak 20 peratus.

"Menyedari musibah banjir yang melanda kala ini turut memberi kesan kepada sebahagian pembaca kami, maka IBDE mengadakan usaha untuk meredakan sedikit kesusahan yang dihadapi.

"Tanda kebersamaan buat semua pembaca buku IBDE di Malaysia yang bukunya rosak akibat banjir, IBDE dengan rendah diri ingin memberi sebuah buku IBDE secara percuma untuk anda," katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan https://mylink.la/ibde

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Susulan itu, semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619