AGENDA

Stesen sisa pepejal dipantau lancarkan pembersihan pascabanjir, mangsa terus dibantu

24 Dis 2021, 9:28 AM
Stesen sisa pepejal dipantau lancarkan pembersihan pascabanjir, mangsa terus dibantu
Stesen sisa pepejal dipantau lancarkan pembersihan pascabanjir, mangsa terus dibantu
Stesen sisa pepejal dipantau lancarkan pembersihan pascabanjir, mangsa terus dibantu

SHAH ALAM, 24 DIS: Pemantauan dijalankan di stesen pemindahan sementara sisa pepejal bagi memastikan kelancaran proses pembersihan pascabanjir di negeri ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata tindakan itu dijalankan bersama KDEB Waste Management (KDEBWM) iaitu agensi Kerajaan Negeri yang mengendalikan kerja pembuangan sampah domestik dan pukal itu.

"Pemantauan keadaan stesen pemindahan sementara bersama KDEBWM bagi memastikan kerja pembersihan sampah pascabanjir lancar dan dapat memenuhi keperluan semasa.

"Walaupun dalam kapasiti tinggi, namun urusan ini tidak akan dilengahkan," kata Ng Sze Han menerusi Facebook.

Sementara itu, KDEBWM menjelaskan operasi pembersihan pascabanjir telah dimulakan hari ini di beberapa kawasan terjejas antaranya di Hulu Langat, Puchong, Meru, Semenyih dan Kampung Bestari Jaya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj bersama pasukan sukarelawan membantu penduduk terjejas di kawasannya semalam dengan mengedarkan barang keperluan asas dan mengesahkan borang tuntutan banjir dibuat mereka.

"Sampai jam 2 pagi untuk kerja mengemaskan semua diteruskan. Terima kasih kepada sukarelawan yang menolong tanpa mengira masa dan penat," katanya.

[caption id="attachment_501713" align="aligncenter" width="571"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj membantu seorang penduduk terjejas banjir mengisi borang tuntutan pada 23 Disember 2021. Foto Facebook YB Gunaraj[/caption]

Manakala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa Mohd Sa'adon Muah bersama Pengerusi Ketua komuniti India Kapar K Chelvaraj Muniandy dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Sementa menghulurkan bantuan segera berupa barang keperluan dan wang tunai kepada satu keluarga mangsa banjir yang mendirikan khemah sementara di Jalan Benteng Kapar.

Mohd Sa'adon memaklumkan pihaknya sedang mencari rumah sementara untuk keluarga terdiri daripada 10 orang termasuk dua kanak-kanak yang tiada tempat tinggal apabila terpaksa keluar dari rumah sewa serta selepas pusat pemindahan sementara Sekolah Rendah Agama Kapar ditutup semalam.

[caption id="attachment_501714" align="aligncenter" width="571"] Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sementa Mohd Sa'adon Muah (kanan) meninjau kawasan khemah penempatan sementara yang menempatkan sebuah keluarga di Jalan Benteng, Kapar pada 23 Disember 2021. Foto Facebook PKM Penyelaras DUN Sementa[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619