AGENDA

MB: Kerja pembersihan empat daerah surut banjir giat dilaksana

24 Dis 2021, 5:26 AM
MB: Kerja pembersihan empat daerah surut banjir giat dilaksana

SHAH ALAM, 24 DIS: Kerja pembersihan kawasan yang sudah surut banjir sedang giat dilaksanakan hari ini, kata Dato' Menteri Besar.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari kawasan itu meliputi Klang, Petaling, Shah Alam dan Hulu Langat.

"Kerja pembersihan sudah mula di semua kawasan banjir yang dah surut. Bukit Changgang dengan Kuala Selangor belum surut, harap petang ini boleh surut sepenuhnya.

"Kita jangka kerja pembersihan ambil masa dua minggu," katanya mengenai perkembangan banjir di Selangor dalam temu bual menerusi Bernama Radio hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) dan mangsa yang dipindahkan juga menunjukkan penurunan.

"Jumlah mangsa pada Selasa kira-kira 30,000 dan turun sekitar 18,000 hari ini. Juga PPS daripada 203 pada hari sama jatuh pada 103 hari ini,"katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619