AGENDA

Selangor peruntuk RM60 juta laksana projek tebatan atasi isu banjir

24 Dis 2021, 4:26 AM
Selangor peruntuk RM60 juta laksana projek tebatan atasi isu banjir

SHAH ALAM, 24 DIS: Selangor memperuntukkan RM60 juta untuk pembangunan projek tebatan banjir (RTB) pada tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembangunan itu sebagai langkah mengatasi isu banjir bagi tempoh jangka panjang di negeri ini.

"Untuk tahun 2021 angka hampir sama dengan peruntukan 2022 sekitar RM60 juta, tapi kita dapat belanja RM40 hingga RM45 juta sebab perintah kawalan pergerakan.

"Ini pun kita tambah lagi RM40 juta untuk 2021 tetapi sebahagian besar daripadanya adalah untuk projek jangka panjang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual ekslusif memulihkan banjir di Selangor menerusi Bernama Radio pagi ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619