AGENSI

Tourism Selangor agih makan untuk staf, penduduk terkesan banjir

23 Dis 2021, 7:19 AM
Tourism Selangor agih makan untuk staf, penduduk terkesan banjir

SHAH ALAM, 23 DIS: Tourism Selangor mengagihkan bantuan kewangan, bakul makanan dan barangan asas kepada kakitangannya yang terkesan banjir, baru-baru ini.

Agensi pelancongan itu turut mengagihkan 500 pek makanan kepada mangsa banjir di Hulu Langat iaitu Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Shah Mohamad berkata pihaknya prihatin terhadap cabaran dihadapi rakyat susulan bencana itu khususnya di negeri ini.

"Secara tidak langsung bencana ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan, namun saya berharap keadaan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan keracunan selain peka terhadap aspek keselamatan.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619