AGENDA

Rebat sebulan ringan beban mangsa banjir, banyak guna air bersihkan rumah

23 Dis 2021, 4:46 AM
Rebat sebulan ringan beban mangsa banjir, banyak guna air bersihkan rumah

HULU LANGAT, 23 DIS: Pengecualian bayaran bil air selama sebulan membantu mangsa banjir yang banyak menggunakan air untuk membersihkan rumah dan membasuh pakaian berlumpur.

Pertama kali berdepan pengalaman banjir, Wan Muhammad Faisal Wan Ismail, 43, berkata rumahnya yang didiami sejak 12 tahun di Taman Lagenda Suria di sini dipenuhi lumpur selepas air surut.

"Apabila Kerajaan Negeri umumkan inisiatif pengecualian bil air sebulan, syukur sangat kerana memang kami menggunakan air yang sangat banyak buat masa ini," katanya kepada Selangorkini.

Manakala, Lai Foo Kwee, 55, berterima kasih kepada Kerajaan Selangor yang prihatin dengan nasib rakyat yang menjadi mangsa musibah berkenaan.

"Bukan sahaja air percuma malah difahamkan ada bantuan RM1,000 kepada mangsa, ini memang berita gembira. Saya harap sumbangan diberi kepada golongan sasar dan benar-benar sampai kepada individu sepatutnya," katanya.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri bersetuju mengecualikan bayaran bil air selama sebulan kepada semua pemegang akaun yang terkesan dengan banjir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memperuntuk RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah sejak Sabtu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619