PBT

MPKS terima bantuan Tengku Permaisuri kepada mangsa banjir

22 Dis 2021, 2:40 PM
MPKS terima bantuan Tengku Permaisuri kepada mangsa banjir

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerima bantuan banjir daripada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan Tengku Permaisuri Norashikin itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir daerah berkenaan.

"Sumbangan yang terdiri daripada barangan keperluan diedarkan oleh kakitangan MPKS ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih lagi aktif daerah Kuala Selangor.

"Menjunjung kasih Tuanku," tulisnya di Facebook.

Hujan lebat luar biasa sejak Jumaat, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter mengakibatkan banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619