AGENDA

Amirudin ucap takziah pemergian bekas MB Johor

22 Dis 2021, 10:43 AM
Amirudin ucap takziah pemergian bekas MB Johor

SHAH ALAM, 22 DIS: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian atas pemergiannya.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter.

Semalam, Bernama melaporkan Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.45 malam.

Beliau yang turut menyandang jawatan ketua bahagian Bersatu Ayer Hitam dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan pada November lalu dan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Selangor.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018 bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619