PBT

Rekahan di susur Lebuhraya Persekutuan, MBSA tutup guna kanvas

22 Dis 2021, 7:34 AM
Rekahan di susur Lebuhraya Persekutuan, MBSA tutup guna kanvas
Rekahan di susur Lebuhraya Persekutuan, MBSA tutup guna kanvas

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesan satu rekahan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati di sini.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan memasang kanvas dan menutup sebelah lorong buat sementara waktu bagi keselamatan pengguna jalan raya.

"Mohon pengguna jalan raya agar berhati-hati melalui susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati kerana ada kesan rekahan," katanya di Twitter.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Antara kawasan terjejas teruk ialah Taman Sri Muda dengan kebanyakan rumah masih dipenuhi air, namun menurun daripada rekod melebihi enam kaki tinggi pada Sabtu.

[caption id="attachment_501353" align="aligncenter" width="500"] Kesan rekahan yang dikesan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati. Foto Twitter MBSA[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619