AGENDA

5,000 kit ujian kendiri diagih ke pusat pemindahan

22 Dis 2021, 6:41 AM
5,000 kit ujian kendiri diagih ke pusat pemindahan

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerajaan Selangor menyediakan 5,000 kit ujian air liur Covid-19 untuk diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

"Selain itu, tindakan turut diambil bagi memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) serta isolasi mereka yang positif dilaksanakan," katanya di Twitter.

Pada Sabtu, Kerajaan Negeri mengarahkan semua agensi berkaitan bagi membantu penduduk terjejas susulan banjir, termasuk memindahkan mereka ke PPS.

Selain keperluan asas seperti pakaian, makanan dan bilik kecil di PPS, Kerajaan Selangor akan membuat saringan Covid-19 secara percuma untuk keselamatan mangsa banjir.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 192 PPS menurun kepada 29,024 orang.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619