AGENSI

PKPS gotong-royong sedia bantuan makanan untuk mangsa banjir

21 Dis 2021, 5:06 AM
PKPS gotong-royong sedia bantuan makanan untuk mangsa banjir
PKPS gotong-royong sedia bantuan makanan untuk mangsa banjir

SHAH ALAM, 21 DIS: Warga kerja Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bergotong-royong menyediakan 1,500 hingga 2,000 makanan tengah hari untuk diagih kepada mangsa banjir di sekitar bandar raya ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata sebanyak RM3,000 diperuntukkan sehari bagi menjayakan program melalui Dapur Ehsan sehingga situasi banjir pulih sepenuhnya.

Beliau menjelaskan inisiatif tersebut selaras seruan Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan dengan bencana itu sejak Jumaat lalu.

[caption id="attachment_501118" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi bercakap kepada media pada program Dapur Ehsan di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar di Seksyen 7 Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk permulaan, makanan siap dimasak akan diedarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di pusat pemindahan sementara (PPS) dan lokasi banjir.

“Selain itu, kerjasama akan dijalin dengan agensi persekutuan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) bagi melancarkan misi bantuan ini,” katanya ditemui di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau berkata bekalan bahan mentah untuk melaksanakan program terbabit diperoleh dari ladang Selangor Fruit Valley (SFV) selain sumbangan barangan penyewa dan pemborong Pasar Borong Selangor.

“Kos pelaksanaan program tidak terlalu tinggi kerana menggunakan produk keluaran sendiri antaranya ayam, daging dan telur,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619