AGENDA

Banjir: Suami umpil tingkap rumah selamatkan isteri, anak autisme

20 Dis 2021, 9:03 AM
Banjir: Suami umpil tingkap rumah selamatkan isteri, anak autisme
Banjir: Suami umpil tingkap rumah selamatkan isteri, anak autisme

SUBANG JAYA, 20 DIS: Suri rumah yang terperangkap dalam bilik tidur bersama dua anak termasuk seorang menghidap autisme terpaksa keluar melalui tingkap rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong di sini Sabtu lalu.

Nor Azlina Hussin, 39, yang menyewa rumah setingkat di situ sejak dua tahun lalu cuba membuka pintu tetapi gagal berikutan arus kuat dan hanya mampu menjerit meminta pertolongan berikutan air paras dada sekitar jam 5 petang.

Pertama kali melalui pengalaman banjir, beliau terpaksa mendukung anaknya berusia lapan tahun secara bergilir dengan dua anak saudara berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal bersamanya.

"Kejadian berlaku begitu pantas, hendak lari keluar pun tidak boleh sebab pintu tidak boleh buka sebab arus dari luar kuat, hanya mampu menjerit minta tolong.

“Tidak ingat berapa lama terperangkap. Saya cuma mendukung salah seorang anak, yang bongsu berusia lima tahun saya letakkan di tilam yang terapung,” katanya.

[caption id="attachment_500962" align="aligncenter" width="561"] Keadaan dalam bilik dengan barangan tidak tersusun di rumah Nor Azlina Hussin di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong pada 20 Disember 2021. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI[/caption]

Nor Azlina berkata mujur suaminya pulang dari bekerja bersama jirannya lalu mengumpil jeriji tingkap dari luar bilik untuk mereka keluar menyelamatkan diri sebelum menumpang di rumah jiran.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, hujan lebat berterusan sejak Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan untuk tempoh sebulan.

Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang menjelaskan kejadian seumpama itu setiap 100 tahun sekali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619