AGENDA

MB: Tambahan 12 bot Pasukan Gerakan Am, NGO dikerah ke Taman Sri Muda

19 Dis 2021, 1:53 PM
MB: Tambahan 12 bot Pasukan Gerakan Am, NGO dikerah ke Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 19 DIS: Usaha bagi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini dipertingkatkan.

Terkini Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, tambahan sebanyak 12 bot dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah digerakkan ke lokasi tersebut.

Beliau memaklumkan perkara tersebut melalui Twitternya malam ini.

Sebelum ini laporan menyebut Kerajaan Negeri mengerahkan segala aset seperti bot bagi membantu proses membawa keluar mangsa banjir di Taman Sri Muda yang kritikal pada masa ini.

Dato’ Menteri Besar berkata anggota tentera turut telah ditambah bagi membantu usaha tersebut.

Laporan Bernama menyebut sebahagian penduduk di Taman Sri Muda terpaksa mencari perlindungan di bumbung kediaman mereka setelah ditenggelami air susulan hujan lebat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619