ADN

Tiga lokasi tanah runtuh dikesan di DUN Bukit Antarabangsa

19 Dis 2021, 10:14 AM
Tiga lokasi tanah runtuh dikesan di DUN Bukit Antarabangsa
Tiga lokasi tanah runtuh dikesan di DUN Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM, 19 DIS: Terdapat tiga lokasi tanah runtuh dikesan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa susulan hujan berterusan di negeri ini beberapa hari lalu.

[caption id="attachment_500669" align="alignleft" width="222"] Sebuah rumah terjejas susulan tanah runtuh yang dikesan berlaku di DUN Bukit Antarabangsa pada 19 Disember 2021. Foto Facebook DUN Bukit Antarabangsa[/caption]

Tiga lokasi berkenaan ialah di Taman Sering Ukay, Ukay Heights dan Dataran Ukay yang melibatkan dua kediaman.

"Yang dipertua MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) telah dimaklumkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa dan Unit Cerun.

"Jabatan Kejuruteraan MPAJ telah diarahkan oleh yang dipertua untuk tindakan segera," menurut DUN terbabit di Facebook.

Semalam, Selangor mengalami banjir kilat di beberapa kawasan disebabkan taburan hujan lebih dua kali ganda paras tertinggi pernah direkodkan sebelum ini.

Antara daerah yang terjejas teruk ialah Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619