ad
AGENDA

Pusat operasi Smart Selangor sedia lapan talian kecemasan banjir

19 Dis 2021, 9:25 AM
Pusat operasi Smart Selangor sedia lapan talian kecemasan banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Penduduk negeri ini yang berada dalam kecemasan akibat banjir boleh menghubungi Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) untuk sebarang bantuan.

Agensi berkata orang ramai boleh menghubungi mereka di menerusi Facebook atau media sosial Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan segera.

"Bagi memudahkan lagi saluran laporan kecemasan akibat banjir di Selangor, kami telah membuka penambahan talian laporan ke SSOC," tulisnya di Facebook.

SSOC boleh dihubungi melalui talian 03-5650 0501, 502, 503, 504, 505, 506 dan 507 atau 010-888 7364 (WhatsApp sahaja).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.