AGENDA

Hujan berterusan hingga esok, MB nasihat penduduk waspada

18 Dis 2021, 8:00 AM
Hujan berterusan hingga esok, MB nasihat penduduk waspada
Hujan berterusan hingga esok, MB nasihat penduduk waspada

SHAH ALAM, 18 DIS: Dato' Menteri Besar menasihatkan orang ramai terus berwaspada susulan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjangkakan hujan berterusan di negeri ini sehingga esok.

"Amaran terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan di Selangor. Ambil langkah berwaspada," kata Dato' Seri Amirudin Shari yang turut berkongsi laporan (MetMalaysia) itu.

Hari ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Selangor sehingga esok yang dibimbangi bakal memburukkan lagi kejadian banjir yang setakat ini melanda daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Susulan itu, Kerajaan Negeri menggerakkan semua agensi berkaitan bagi membantu penduduk terjejas banjir yang dipindahkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berkenaan.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memaklumkan seramai 1,521 orang daripada 140 keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di 33 PPS di tiga daerah sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa mungkin lebih tinggi daripada angka itu kerana ada PPS belum mengemaskini statistik itu dalam data berkenaan.

Seramai 1,098 manga dipindahkan ke pusat pemindahan di Klang manakala 423 di Kuala Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619