AGENDA

Banjir: Selangor gerak bantuan segera kepada penduduk

18 Dis 2021, 6:03 AM
Banjir: Selangor gerak bantuan segera kepada penduduk

SHAH ALAM, 18 DIS: Kerajaan Negeri menggerakkan semua agensi berkaitan bagi membantu penduduk terjejas banjir kilat susulan hujan berterusan sejak semalam, kata Dato' Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari bantuan kecemasan akan diberi segera kepada mereka dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah dan tanah (PDT).

"Sehingga kini sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Klang, Kuala Langat dan Sepang.

"Kerajaan Negeri sedang menggerakkan semua agensi berkaitan untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan segera," katanya menerusi Facebook.

Amirudin turut berkongsi nombor telefon agensi penting yang boleh dihubungi untuk penduduk di Klang iaitu seperti berikut:

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 03-5544 7324

2. Pejabat Daerah dan Tanah Klang 03-3371 6700

3. Jabatan Pertahanan Awam 03-3371 0820 (24 jam)

4. Majlis Perbandaran Klang 03-3374 8845

5. Jabatan Pengairan dan Saliran 03-3371 2464

6. Jabatan Kerja Raya 03-3371 4040

7. Majlis Bandaraya Shah Alam 03-5522 2787

8. Jabatan Kebajikan Masyarakat 03-3341 3703

9. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selatan 03-3372 222

10. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Utara 03-3291 3344

11. Hospital Tengku Ampuan Rahimah 03-3323 9478

12. Pejabat Kesihatan Daerah Klang 03-3323 9554

13. Bilik Gerakan PKD Klang (Covid-19) 03-3322 1154

Sementara itu, data Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memaklumkan seramai 1,521 orang daripada 140 keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di 33 PPS di tiga daerah sehingga jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa mungkin lebih tinggi daripada angka 1,521 kerana ada PPS belum mengemaskini statistik itu dalam data berkenaan.

Seramai 1,098 manga dipindahkan ke pusat pemindahan di Klang manakala 423 di Kuala Langat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619