AGENSI

Klinik Selcare sedia doktor wanita setiap cawangan, jaga sensitiviti pesakit

17 Dis 2021, 11:38 AM
Klinik Selcare sedia doktor wanita setiap cawangan, jaga sensitiviti pesakit

SHAH ALAM, 17 DIS: Selcare Clinic Sdn Bhd menyediakan doktor wanita di setiap kliniknya untuk memenuhi permintaan pesakit terutama wanita beragama Islam yang ingin menjaga sensitiviti dari segi penjagaan aurat.

Ketua Pemasaran dan Pembangunan Jenamanya Nurafida Zamri berkata seperti pengamal perubatan am swasta (GP) yang lain pihaknya menawarkan pelbagai jenis kemudahan rawatan termasuk khusus untuk wanita seperti pemeriksaan ibu mengandung.

Menurutnya, pihaknya memahami mungkin ada segelintir wanita keberatan menunjukkan aurat kepada doktor lelaki dan mengambil inisiatif menyediakan doktor wanita di setiap 16 kliniknya di Selangor serta Kuala Lumpur.

"Pesakit wanita boleh memohon mendapat rawatan daripada doktor wanita untuk memberi keselesaan sepanjang perkhidmatan rawatan berjalan.

"Ini usaha kita menyediakan perkhidmatan yang mematuhi konsep syariah," katanya ketika ditemui pada Program Halal@Selangor di Ibu Pejabat Selcare Clinic Sdn Bhd di sini, hari ini.

Pesakit ingin membuat janji temu dengan doktor wanita di 16 klinik Selcare boleh merujuk senarai pegawai perubatan terbabit menerusi pautan https://selcareclinic.com/our-doctors/.

Selain rawatan perubatan am, klinik Selcare juga menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin termasuk suntikan pelalian Covid-19 di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax).

Selcare Clinic adalah anak syarikat Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619